Friday 12 April 2013

Update to Saran Singh Katun Listing - Master List - On going


SS22 (P.25)
OBV: "Sultan Alaudin Khalifatul Mukminin"
REV: A bar with central dot
diameter: 13mm
shape: round


 SS24 (P.27)
OBV: "Sultan"
REV: "Al Adil" stamped on a bar
diameter:
shape: round

 SS25 (P.28)
OBV: "Adil" surrounded by dots, stamped on a bar
REV: "Maqam Tauhid"
diameter:
shape: round


SS27 (P.29)
OBV: A bar with large central dot
REV: Blank
diameter:
shape: round


SS33  (P.37)
OBV: Haza Masruf fi Bilad ri Riau
REV: Haza Masruf fi Bilad ri Riau
diameter:
shape: Octagon


Sunday 7 April 2013

Indrapura Half Kupang

Indrapura Half Kupang

OBV: "Munawar Shah"
REV: "Al Adil"

Diameter: 6.5mm
Weight:

unlisted - very rare (type 1 line border)

ref: http://malay-coins.tripod.com/indrapura.htm

SS25 - Makam Tauhid


1
2
3
4

5
6


7
8
9


10

11
12



KAJIAN MENGENAI SYILING TIMAH KESULTANAN JOHOR (KATUN)

1.0 KATUN MAKAM TAUHID (MAKLUMAT AM)

              Katun ini merupakan satu-satunya katun yang mempunyai nama tempat yang spesifik dalam kawasan jajahan Kesultanan Johor. Pada belah belakang, tertulis dalam huruf jawi “Makam Tauhid” - ibu kota pemerintahan Kesultanan Johor semasa era Sultan Abdul Jalil Ke 3 dan pada bahagian depan, dalam tulisan jawi “Adil” yang dikelilingi titik-titik, dicetak atas palang timbul.

  Kota Makam Tauhid terletak di Kampung Makam kira-kira 3km dari Bandar Kota Tinggi. Berdekatan dengannya adalah Sungai Pemandi yang mengalir ke Sungai Kota Tinggi. Kota Makam Tauhid bukanlah sebuah makam tetapi dahulu Makam Tauhid merupakan ibu negeri Kerajaan Johor yang ke-8 dan bertempat di tanah besar dan menjadi pusat pemerintahan sebanyak dua kali. Rekod sejarah mengesahkan bahawa Makam Tauhid dijadikan ibu negeri Johor buat pertama kali pada tahun 1637 iaitu semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah III (1623-1677).
  Bentuk katun ini adalah berbentuk bulat, di mana bahagian depannya mempunyai palang timbul merentasi syiling. Menurut maklumat daripada En Yaakob1, syiling jenis ini hanya boleh didapati di dasar Sungai Pemandi. Ini adalah bertepatan dengan kedudukan Sungai Pemandi yang berhadapan dengan kawasan yang sekarang ini dipanggil Kampung Makam Tauhid.

1.1 KAEDAH KAJIAN

  Kajian ini menggunakan spesimen katun yang diperoleh penulis daripada pencari harta karun di Kota Tinggi dan juga menerusi penjual dan pengumpul duit lama. Setiap spesimen akan ditangkap gambar, ditimbang berat serta diukur dimensi untuk rekod.

  Setakat ini, 12 spesimen berjaya diperoleh penulis dengan 11 adalah koleksi penulis dan satu daripada arkib Masdinar Gallery.

  Disebabkan tiada spesimen didapati masih mengekalkan rekabentuk penuh, maka bilangan spesimen yang maksimum harus diperoleh untuk mendapatkan rekabentuk penuh bagi katun ini.

1.2 DATA KAJIAN

Ciri Fizikal

 
Maklumat dimensi dan berat setiap spesimen dipaparkan dalam Jadual 1. Majoriti spesimen mempunyai ciri fizikal yang sama kecuali Spesimen 2 dan Spesimen 3.

  Spesimen 2 mempunyai bar palang tengah yang nipis dan kurus berbanding spesimen lain. Spesimen 3 pula menunjukkan ciri
overweight iatu bersaiz lebih besar daripada spesimen lain yang ketara. Spesimen 3 juga mempunyai 3 kesan kelipan pada belah belakang yang menunjukkan kemungkinan spesimen ini berlainan cara pembuatannya dengan spesimen biasa lain.

Rekabentuk syiling

  Kesemua 11 spesimen ditekap dan dilakarkan rekabentuk teraan yang boleh dilihat. Disebabkan kekurangan spesimen, tiada variti dianggapkan wujud bagi katun jenis ini. Gambar depan dan belakang setiap spesimen adalah seperti yang dipaparkan dalam Rajah 1, lakaran rekabentuk pada Rajah 2 dan rekabentuk penuh bagi katun jenis ini dalam Rajah 3.


              Pada bahagian depan, tertulis dalam jawi “Adil” yang dikelilingi titik-titik di sekelilingnya. Motif titik ini banyak dilihat pada syiling katun Johor. Jenis ini juga merupakan satu-satunya katun yang mempunyai inskripsi “Adil”, di mana majoriti yang lain adalah “Al Adil”. Pemerhatian yang boleh dibuat pada bahagian depan, kewujudan bar palang timbul adalah untuk memudahkan proses cetakan syiling agar inskripsinya timbul setelah dicetak oleh acuan. Selain itu, bar palang tengah ini juga berfungsi untuk memudahkan proses acuan flan di mana ianya mirip pohon pitis Kelantan seperti yang dilaporkan pernah ditemui oleh En Yaakob2.

  Pada bahagian belakang pula, tertulis dalam jawi “Makam Tauhid” dalam dua barisan. Didapati saiz acuan adalah sama dengan saiz flan. Inskripsi “Makam Tauhid” ini tidak dihiaskan dengan titik-titik yang mengelilingi. Inskripsi pada kedua-dua belah depan dan belakang bagi perkataan “Adil” dan “Makam Tauhid” adalah berserif.

  Hentaman acuan juga dilihat dilakukan dengan tidak teliti di mana kebanyakkan spesimen melihatkan ciri offstrike (hentaman sipi).Terdapat juga spesimen (Spesimen 6,7 dan 8) yang memperlihatkan ketidaksempurnaan ketika proses pembuatan syiling.


1.3 KESIMPULAN KAJIAN

Kesimpulan daripada kajian ini adalah seperti berikut:
·  Rekabentuk penuh bagi syiling ini adalah seperti dalam Rajah 3
·  Skala kejarangan syiling ini adalah Tidak Biasa(Uncommon)
·  Kewujudan bar palang tengah timbul pada syiling ini adalah untuk memudahkan teraan cetakan syiling untuk kelihatan
·  Syiling ini diedarkan ketika zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil ke-3 (1623-1677)



















Notakaki:
1 Berdasarkan wawancara dengan En Yaakob, orang tempatan yang memperoleh syiling katun ini daripada dasar sungai sekitar Kota Tinggi pada 4 Mac 2013.
2 Berdasarkan wawancara dengan En Yaakob pada 4 Mac 2013. Beliau juga mengatakan bahawa beliau belum pernah menjumpai satu spesimen jenis ini yang mempunyai teraan inskripsi yang penuh.